28 April 2010

kita dilahirkan untuk BERJAYA :)



NAK YANG TERBAIK BUAT YANG TERBAIK!!!

Untuk menjadi yang terbaik @CEMERLANG didalam exam memerlukan satu kesungguhan yang sangat menuntut kepada pengorbanan dan kecekalan jiwa yang berterusan.mencipta kejayaan memang agak susah,tapi bukan payah..
Sekarang fasa imtihan bakal melanda mahasiswa dan mahasiswi azhar.namun perlu diingat satu perkara,untuk mencapai kejayaan yang cemerlang,memerlukan segala usaha dan jerit perih dalam berusaha memastikan kita bakal menjadi yang terbaik.jika hanya mencipta tabiat duduk dihadapan laptop sambil menonton cerita2,bermain muka buku(amende tuu??facebook laa..walala)dan dalam masa yang sama kita berangan2 mengharapkn natijah yang mampu membanggakan ibu dan ayah adalah sangat mustahil.tapi xmustahil juga bg yang diberi rezeki tanpa disangka2,mereka xplu bersusah payah bersengkang mata untuk study dan menghafal tapi mampu Berjaya. Persoalannya,mungkinkah kita insan bertuah itu?


MOTIVASI ADALAH KEKUATAN DALAMAN.
Bagi yang pernah mengalami kegagalan dalam exam yang lalu,jgn jadikan kegagalan sebagai pembantut kepada kejayaan.tapi berbanggalah dengan hasil usaha sahabat2.apa yang penting adalah SIKAP dalam melalui kegagalan itu.jika fasa lepas adalah tahun I’adah dan sebagainya itu adlah ujian dari Allah untuk menilai sejauh mana kesabaran kamu atas ujian yang diberi.berbanggalah dengan usaha yang dilakukan,kerana sekurang2nya kita gagal didalam usaha,tapi bukan kegagalan yang sia2.MOTIVASI merupakan asas utama dalam memastikan kita tetep benar2 teguh dalam mendaki tngga untuk menuju kejayaan.

MOTIVASI MENGUATKAN HATI,
MOTIVASI TERTULIS DALAM KALAM ALLAH YANG SUCI,
CARI DAN GALILAH SEGALA KEKUATAN YANG ADA DALAM DIRI,
NANTI KAMU AKAN MENEMUI KEHEBATAN YANG TIDAK PERNAH DISEDARI..

Manusia yang hidupnya sentiasa bermotivasi akan bersemangat dalam menjalani kehidupan seharian.hidup bukanlah bertujuan untuk bersenang-lenang,hidup bukanlah juga untuk kesempurnaan..kerana tujuan hidup bukanlah untuk sempurna.hidup ini adalah permainan dalam menentukan siapa yang mampu mencipta kejayaan dan mampu untuk bangkit dari kegagalan lalu..andai tersilap mengatur langkah maka kesudahan hidup sangat menyakitkan.belum sampai lagi diazab neraka sana maka disini sudah terasa apa makna kegagalan dalam mengatur kehidupan dunia,ingatlah sahabt2 jadikan ALQURAN dan ASSUNNAH sebagai panduan yg yang paling utama yang dipilih untuk memastikan kesejahteraan dunia akhirat.jagan gelisah andainya kegagalan dan kesempitan mula menjelma kerana Allah telah berjanji dalam firmannnya yang mafhumnya berbunyi..
Maka sungguh disetiap kesulitan ada kemudahan,
Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan,
(SURAH AL INSYIRAH AYAT 5-6)




DOA ITU KEKUATAN ABADI.
Segala usaha dan jerit perih yang dilakukan tidak akan sempurna tanpa mengharapkan pertolongan Allah.usah menjadi manusia yang ego dan sombong.dalam waktu kita berusaha mendapatkan kejayaan..jangan ketepikan DOA dalam segala perbuatan yang ingin dilakukan,kerana dengan doa seorang manusia mampu merubah dari:
1. kegagalan kepada kejayaan (setelah berusaha bermati-matian)
2. ketakutan kepada ketenangan(cemas menghadapi waktu exam)
3. kelemahan kepada kekuatan(dari segi minda,fizikal,rohani)
4. kesedihan kepada kegembiraan(dapat mengukur prestasi dalam pelajaran)


SEBENAR2 TAWAKAL.
Jalan yang paling akhir selepas berusaha dan berdoa adalah BERTAWAKAL.TAWAKAL adalah penyerahan diri kepada Allah setelah segala usaha dan ikhtiar yang kita lakukan .namun,ia mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh.akan menjadi masalah sekiranya seseorang itu hanya berusaha setakat ‘cukup makan’tetapi mengharapkan ganjaran dan hasil usaha yang cemerlang didalam peperiksaan.ini adalah sesuatu yang sangat menentang SUNNATULLAH.
Sebagai contahnya..jika kamu berusaha untuk berlari,mana mungkin pergerakan kaki akan bergerak perlahan seperti berjalan.kerana kamu memilih untuk berlari.jika kamu memilih untuk makan roti fino mana mungkin akan terbelinya pizza hut sewaktu kamu berada di kedai roti.begitulah contohnya SUNNATULLAH yang telah Allah aturkan dalam hukum kehidupan ini.

Sahabat2…kita mampu memilih sama ada kehidupan selepas ini adalah memilih untuk KEJAYAAN atau KEGAGALAN.. peringatan untuk diriku sendiri yang pernah merasai kegagalan..dan semua sahabat yang pernah melaluinya,kegagalan yang lepas itu adalah sejarah,maka berusahalah mencipta sejarah yang lebih hebat pada masa akan datang,sejarah mampu dicipta oleh insan yang benar2 ingin mencipta sejarah yang paling manis dalam perjuangan mencapai kejayaan.

-GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL UNTUK SELAMANYA-
-BANGUN DARI KEGAGALAN LEBIH MULIA DARI HIDUP HANYA MENGENANG KEGAGALAN-
-KEGAGALAN ADALAH GURU YANG PALING HEBAT DALAM MENGINGATKAN AKU ERTI KEJAYAAN-

Tiada ulasan: