16 April 2010

bantu membantu dalam berdakwah.



JALAN DAKWAH MEMERLUKAN KESATUAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.
Jalan dakwah adalah satu.para sahabat dan Rasulullah telah banyak menempuh kesukaran dalam memastikan agama Allah akan terus tersebar ke seluruh pelusuk dunia.sejarah telah membuktikan agama islam dapat menawan2/3 dunia dengan melalui pentarbiahan jiwa,keimanan dan ketakwaan yang kukuh terhadap Allah SWT.

Kaum muslimin@kaum lelaki diberi Allah kelebihan ke atas kaum wanita .ini bukanlah bermakna Allah merendahkan martabat kaum wanita,tetapi kaum wanita adalah kekuatan yang tersembunyi yang sukar untuk dinilai apabila kita tidak mampu menghayati peranan sebenar seorang wanita.sejarah islam telah membuktikan berapa banyak pejuang2 Allah yang lahir dari rahim seorang wanita,berapa banyak pemuda2 islam yang tampil berani menyahut seruan nabi Allah dalam melaksanakan misi memperjuangkan agama mulia ini.mereka sebenarnya telah mewarisi sifat kecekalan seorang ibu didalam jiwanya apabila meraka memilih jalan untuk meneruskan kesinambungan ajaran Rasulullah.kecekelan hati disini bermakna bagaimana sukarnya seorang ibu mempertahankan dan menjaga kandungan yang 9 bulan didalam perutnya,kecekalan yang menggambarkan bagaimana seorang ibu menyabung nyawa ketika melahirkan zuriatnya untuk melihat dunia,dan juga untuk melihat zuriatnya membesar menjadi seorang yang berguna untuk agama dan masyarakat seluruhnya.

Dimedan dakwah inilah wanita memainkan peranan yang cukup besar dalam menjalankan proses gerak kerja dakwah islamiah.zaman nabi Muhammad bersama para sahabat,cukup membuktikan keperluan peranan sayap kiri ini dalam segenap aspek kehidupan,mahupun secara praktikal ataupun teori dalam keterlibatan kaum wanita dalam membantu kaum muslimin menyebarkan tugas seruan dakwah.

PEREMPUAN LEBIH MEMAHAMI JIWA PEREMPUAN.
Idelogi yang menyatakan wanita hanya perlu duduk dan tinggal mengasuh anak dirumah adalah ideologi yang akan membantutkan perjalanan dakwah islam.ini bukan bermakna wanita yang hanya mengasuh anak seolah tidak berjasa.TIDAK!!!bukan begitu maksudnya.kebenarannyn,zaman ini adalah zaman fitnah yang sangat memerlukan khidmat kaum hawa untuk bergerak bersama para barisan sayap kanan dalam memastikan kelangsungan dakwah terus berjalan disebelah pihak wanita.ada sesetengah hal yang tidak dapat difahami oleh golongan lelaki,maka disinilah wanita memainkan peranan mereka untuk sama2 membantu dan menjaga kebajikan masyarakat dalam memastikan hal masalah2 ehwal wanita dapat diselesaikan,dengan menurut jalan dan cara yang ditunjukkan dalam islam.

BATASAN2 WANITA DALAM MENJALANKAN TUGAS DAKWAH.
Islam telah menggariskan cara dan tunjuk ajar yang sempurna sekiranya seorang wanita ingin terjun dalam bidang dakwah.ini untuk mengelakkan dari berlakunya fitnah dan masalah yang sewaktu dengannya.antara langkah2 tersebut adalah:

1.menjaga dan menutup aurat dengan sempurna.
2.pakaian yang tidak menarik perhatian kaum muslimin apabila memandangnya.
3.menjaga batasan pergaulan,sekalipun bertugas atas nama islam.

DAKWAH ITU BISNES.
ketahuilah wahai para mujahidah,kita dapat menjadi seorang yang sama tarafnya seperti lelaki dalam lapangan dakwah ini.tanpa perlu mengangkat senjata apabila berlakunya peperangan,maka para wanita telah diberi kelebihan dalam kes ini,iaitu akan mendapat ganjaran pahala sama banyaknya pahala dengan kaum lelaki apabila kita turut serta membantu dibelakang tabir.contohnya,bagaimana kaum wanita membantu nabi Muhammad dan para sahabat dalam peperangan yarmuk.pihak wanita cuma perlu berada dibarisan belakang untuk membantu mengangkat kayu dan pedang untuk mengelakkan dari pasukan pertahanan islam yang lemah jiwanya agar tidak berundur dari medan perang..bukan itu sahaja,malah mereka turut membantu menyajikan makanan untuk para mujahid,malah mereka turut merawat para pejuang Allah yang mengalami kecederaan.itu sudah sama nilainya pahala disisi Allah SWT.betapa Allah amat memuliakan insan yang brnama wanita.oleh itu sahabat2ku,masuklah dan berdiri kukuhlah dalam barisan sayap kiri dalam menegakkan dakwah islamiah...berbekalkan modal keikhlasan dan sumbangan tenaga,maka sahabat2 telah telah melakukan pelaburan yang cukup bijak untuk kehidupan dunia dan akhirat:)

Tiada ulasan: