01 Mei 2010

..:memburu rindu:..



manusia ramai berkerumun seolah2 mencari sesuatu yang sangat bernilai.aku terjengah2 dalam kekalutan yang maha dasyat.panik.dihimpit jutaan bahkan mungkin berbillion2 manusia.semuanya perpakaian putih seolah2 jubah yang dibuat khas untuk menghadapi hari yang maha kelam kabut ini.

aku yang sedari tadi asyik terenjah2 cuba memastikan apakah yang sebenarnya terjadi??kenapa antara jutaan manusia itu aku hanya berada dibarisan paling belakang??suasana kawasan terbuka yang sangat luas yang tidak kelihatan dasarnya..teruk!!bising!!manusia berlumba2 mendapat sesuatu yang paling berharga.mungkin juga sesuatu yang tiada tandingan dengan seisi dunia yang fana.aku tertunduk mengeluh..

aku terasa sesak nafas berada dalam himpitan jutaan manusia ini.ingin berlari keluar dari suasana yang haru biru,tapi tidak bertemu jalan terbaik melepaskan diri.aku tertunduk,ingin menangis lagi.kecewa.hampa.

"ITU NABI MUHAMMAD!!ITU NABI MUHAMMAD!!"
Ya Allah,tersentak jantungku.benarkah apa yang aku dengar?denyutan nadi terhenti.degupan jantung seakan mati.terkesima.dimanakah aku sebenarnya??dipadang mahsyarkah aku??inikah keadaan teramat dasyat yang selalu aku dengar,baca dan yang tercatat dalam kalam2 Allah yang maha benar??saat inikah manusia berebut2 mendapatkan syafaat nabi kekasih ALLAH ini??benarkah jutaan manusia ini adalah umatnya??aku siapa???aku ini umatnya atau tidak??tergolongkah aku??jika benar aku umatnya mengapa aku berada teramat jauh dari baginda??bahkan dibarisan paling belakang aku kira..aku menghamburkan air mata.malu,tersisih,ada perasaan merasa tidak akan dipilih dan terpilih.

lelaki yang menjerit memberitahu itu Muhammad sebentar tadi lari meluru kehadapan sambil melintasi hadapan aku.kini aku terus sedar dari permainan perasaan dan persoalan yang semakin menghenyak tangkai jantungku.ahh!!!aku xperlu mengalah dalam hal ni.ya aku perlu!!perlu berusaha menemui Rasulullah.perlu memberitahu satu saat dulu,waktu aku hidup aku diatas bumi yang fana,ada denyutan jantung yang pernah merindukan dirinya.aku perlu nyatakan kasih dan cinta aku pada waktu dan saat ini dihadapan Rasulullah.tapi harus bagaimana??mungkihkah aku mampu melepaskan diri dalam banjiran manusia yang seperti debu berterbangan bilangannya.andai dilihat dari puncak bukit,akan terjelaslah betapa padang luas ini dipenuhi manusia yang satu masa dahulu begitu ego dan sombong kepada Allah penciptanya,namun saat dan tika ini keangkuhan itu lebur..mahu sujud menyembah kaki nabi pun mereka sanggup demi mengharapkan syafaat baginda yang mampu menyelamatkan dari azab Allah yang maha dasyat pada hari pembalasan ini.

aku tertinggal dibelakang lagi.padahal aku telah menyelinap disebalik celahan bilangan manusia yang tidak berhenti2 menjerit nama MUHAMMAD!MUHAMMAD!!dan semua terus menerus menyeru nama yang suci itu.bingit.begitu mengharukan suasananya.dalam kekalutan itu aku sempat terlihat kepada keadaan mereka semua.semuanya seolah2 seorang pejuang yang sedang dalam memperjuangkan diri masing2 untuk sampai ke tempat paling dekat dengan baginda.untuk menagih sesuatu...yang bagi aku,mungkinkah mereka ini akan mendapatnya??mendapat pertolongan baginda??padahal waktu kehidupan mereka dulu,berusahakah mereka dalam menegakkan apa yang diseru oleh baginda???aku mencemuh dalam hati,namun persoalan itu aku biarkan berlalu tanpa jawapan.aku benci melihat sketsa manusia yang selalu mementingkan diri sendiri sewaktu hayat hidupnya.benci dengan penentangan insan kerdil dalam mengkritik suruhan Allah yang telah Allah amanahkan tugas sebagai khalifah dibumi dari saat dalam rahim ibu lagi,hinggalah mereka menjengah dunia dengan izinNya.padahal sewaktu mereka merasa nikmat hidup,mereka merasakan seolah2 akan hidup untuk selamanya,mereka juga mengingkari hukum hakam ALLAH SWT.benci juga dengan sikap mereka2 yang sentiasa lisannya mengakui aku adalah pemeluk dan pengikut agama islam,tapi perbuatan mereka selalu bertentang dan menentang!!!andai disuruh melakukan suruhan2 Allah mula kelihatan riak wajah yang kurang senang.

habis..jika aku bukan dalam golongan yang aku cemuh didalam hati,mengapa aku tidak berada disof yang paling depan??dibarisan yang paling hampir dengan nabi??kenapa??mengapa aku yang paling belakang antra jutaan manusia ini??Ya Allah tolonglah aku,airmata aku jatuh lagi.saat itu aku mula menilai kehidupanku.aku fikir,aku telah lakukan segala yang terbaik atas kehidupan dunia yang fana dulu,tapi benarkah IKHLAS yang aku pertaruhkan dalam setiap amalanku??atau mungkin aku hanya nampak sempurna pada pandangan mata manusia,tapi tidak pada pandangan SI PENCIPTA??aku cukup sempurna pada sifat dan kata2 dalam berhujah memberitahu manusia yang ikhlas amat perlu dalam setiap perbuatan,tapi itukah aku??

argh!!aku benci keadaan dan perasaan jiwa aku sendiri waktu ini..entah bagaimana ingin aku susunkan kata2 agar dapat aku terangkan perasaan yang begitu teruk ini.ku dongak kepala memandang tepat kehadapan.tiba2 terasa diriku telah berada dalam barisan hadapan,ya!!!!paling hadapan!!!memang benar..sebentar tadi aku asyik terkebelakang dalam himpunan manusia,tapi sekarang...ada harapan untuk menghadap muka rasulullah.aku menangis,tapi airmata kali ini airmata gembira:)!!Allah telah membuktikan dia adalah Maha Mendengar tangis esak ku.Dia Rabbul Izzati telah menunaikan hajatku.KekuasaanNya telah memberi ruang untuk aku barada dihadapan tubuh badan baginda,namun yang menyedihkan aku hanya mampu menatap belakang badannya sahaja tanpa mampu bersuara:(

aku menangis kembali..ya Rasulullah,terkatup rapat mulutku.entah mengapa aku tidak berani bersuara.aku tidak memanggil,tidak juga mendekati..kerana waktu itu aku cuma melihat baginda dengan beberapa orang lelaki,semuanya tidak dapat aku lihat mukanya.TERHIJAB.aku merasa aku insan yang sangat hina disisi baginda.aku meghulurkan tangan ingin menyentuh bahu rasulullah..dekat..hanya sehasta jaraknya aku dengan rasulullah,biarlah saat itu baginda sedang sesibuk apapun dengan lelaki2 tadi aku tidak peduli.biar!!berusaha sedaya mampu ingin menyentuhnya.tangan aku hampir sedikit mahu mengenai bahunya...aku bahagia!!!jutaan manusia tadi sudah tidak aku pedulikan esak tangis mereka..kerana aku sudah berada ditempat yang sepatutnya.

ALLAHU AKBAR,ALLAHU AKBAR...
ALLAHU AKBAR,ALLAHU AKBAR...
ASHHADU ALLA ILAHA ILLALLAH..
ASHHADU ALLA ILAHA ILLALLAH..

seruan azan bergema memecah keheningan pagi yang begitu mendamaikan penduduk bumi Allah.naim tersedar dari tidur."Ya Allah dah subuh rupanya",katanya sambil melihat jam tangan comel miliknya.jarum jam tepat menunjukkan pukul 4.05 pagi,lantas dia menyedari yang kekalutan tadi rupanya dalam mimpi,menyedari yang mimpinya itu tidak berakhir dengan pertemuan empat mata bersama insan teladan kehidupannya.sedih.hampa.naim menarik nafas lega.sekurang2nya masih ada harapan untuk memperbaiki segala amalan dan bertaubat ats segala dosa dengan penuh penyesalan.tanpa membuang masa naim terus menuju ke bilik air,mempersiapkan diri untuk bertemu Allah yang Esa.

sepagi ia bertelaku diatas sejadah sambil merembeskan air mata syahdu dan air mata kesesalan dengan kesudahan mimpinya.dia memujuk lembut hatinya..bersangka baik dengan kehendak Allah.menitipkan harapan dengan berdoa,semoga disana nnti dia akan benar2 dapat menatap wajah sebenar kekasih Allah tanpa halangan yang maha teruk sewaktu alam mimpi,seperti yang terakam kemas dalam ingatannya melalui alam tidurnya.

ini bumi anbiya,bumi yang banyak menyimpan kemas jasad2 para nabi,jasad para auliya dan jasad2 alim ulama.sambil berjalan untuk meneruskan perjalanan ke pengajian kelas ustaz Akli,hati dan bibirnya tidak lekang menutur selawat kepada kekasih Allah,Muhammad Rasulullah.

"namun airmata yang aku alirkan ini akan menjadi saksi betapa aku rindukan mu Ya Rasulullah".naim mengumam sendirian.mendongak ke awan sambil berdoa mudah2an walaupun itu mimpi,namun tubuh yang ingin disentuh itu adalah Muhammad Rasulullah.juga dalam masa yang sama terus berharap Allah akan menetapkan hatinya atas jalan yang dipilih ini,menuntut ilmu jauh diperantauan.moga2 masih ada sisa2 semangat yang masih berbaki dalam meneruskan perjuangan menuntut ilmu di al-azhar assyarif..amin.

note:diadaptasi dari kisah mimpi seorang hamba Allah yang hina..

Tiada ulasan: