27 Mac 2010
buktikan CINTAMU dengan BERSELAWAT
jika ditanya mengapa wajahku sentiasa ceria,selawat atas nabi dan mengingatinya adalah satu perkara yang paling menyenangkan hati,terkadang kita lupa untuk berselawat atas baginda nabi muhammad,ketahuilah wahai sahabat sesungguhnya selawat ke atas baginda akan membuatkan setiap harimu yang sukar akan terasa mudah,hati yang gundah merasa aman,bibir yang terlupa mengukir senyuman akan mula mekar menguntum senyuman paling indah:)
jika engkau meletakkan cinta ALLAH dan RASULULLAH di tahap paling tinggi dalam hatimu,engkau akan menemui sesuatu yang amat sulit untuk diungkap dengan kata2,hanya insan yang bermati2an berusaha melawan hawa nafsu akan merasa apa maknanya keperitan sebuah jihad dalam hati,tapi jangan lupa sepertimana setiap sesuatu ALLAH ciptakan berpasangan begitu juga keperitan jihad melawan nafsu akan terbalas dengan manisnya iman dalam taman hati.
betapa selawat atas baginda NABI MUHAMMAD telah banyak diukir atas hatimu,begitu jugalah ALLAH akan berselawat sepuluh kali keatas dirimu setiap kali engkau mengalunkan sekali lafaz selawat ke atas baginda nabi MUHAMMAD.jika ALLAH yang mewujudkan dirimu mengucapkan selawat atas dirimu..yakinlah kebahagiaan akan menyelimutimu seiring degupan jantung yang sentiasa berdenyut.RUGILAH MANUSIA YANG MENSIA2KAN PELUANG YANG DIBERIKAN ALLAH DALAM KESEMPATAN HIDUPNYA UNTUK BERSELAWAT KE ATAS BAGINDA,dimana perihal tentang kerugian ini termaktub dlam riwayat yang berikut:
"Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : “Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, ” Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!
Seterusnya aku bertanya: ” Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”
Jawab Rasulullah : “Orang yang bakhil.”
Aku bertanya lagi : “Siapakah orang yang bakhil itu?”
Jawab baginda : “Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku.”
mudah2an selawat keatas baginda akan menjadi bekalan yang paling ampuh menuju ke syurga ALLAH:)sehingga akan membawa kita kepada pertemuan dengan baginda disana nanti..amin:)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan