04 Mac 2010

..:HATI:..



..:HATI:..
aku melakarkan sejuta rasa,
adakala sedih adakalanya kecewa:(
adakalanya suka kadang2 gembira:)
..:HATI:..
aku terkadang malu pada YANG ESA,
tanpa sedar ucapan lisan kadang menentang,
gerak geri kadang bertentang,
suruhan ILLAHI ada ketika terlepas pandang,
adakalanya keikhlasan mula menghilang..
..:HATI:..
aku berbicara tentang jalan untuk berjuang,
tapi sebagai insan hatiku terkadang dikelabui gementar..
pada musuh&fitnah yang bakal menjelang.
..:HATI:..
engkau menjadi tempat berperang,
antara suara malaikat yang jelas ternyiang,
TERUSKAN BERJUANG WALAU DIGELAR PENENTANG!!
bisikan jahanam terus menyanyi,
undur kebelakang,usah mnyusahkan diri..
biar ISLAM terhenti disini..
biar ISLAM tidak menyerikan bumi..
biar ISLAM dicaci maki..
atau mungkin hanya untuk memuaskan nafsumu sendiri..
..:HATI:..
air mataku jatuh lagi,
kerana mengenang dosa diri,
kerana membiarkan pejuang2 ALLAH separuh mati mempertahankan risalah nabi..
kerana mengenang pesan ayah,jaga AGAMA&DIRI..
kerana menjejaki susah payah nabi2..
membuka jalan menggerakan misi suci,
demi menjunjung titah ILLAHI.
..:HATI:..
bangunlah kembali..
sedaya mungkin menjadi SAYAP KIRI,
insyaALLAH,mungkin juga calon BIDADARI,
aku tahu duhai hati,
engkau cintakan duniawi..
engkau juga takotkan mati..
tapi aku harap engkau mengerti!!
aku mesti patuh pada ILLAHI,pada ALLAH RABBUL IZZATI,
pada yang mewujudkan diri ini.
..:HATI:..
tunduk sujudku setiap hari untuk menghina diri,
agar aku xmenjadi manusia yang mementingkan diri,
agar aku xmenjadi seperti syaitan yang egonya tinggi,
mengertilah engkau duhai hati..
HIDUP INI PASTI MENEMUI MATI...

PESANANKU DARI HATI AGAR JATUH KE HATI..
JUGA kepada semua yang mempunyai hati...
ayuh bangun membina syaksiah diri:)

Tiada ulasan: